mohd nur azrin's FotoPage

By: mohd nur azrin sarib hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 8-Jul-2008 05:55 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan Azrin & Diana pada 26/06/2008

 
 
 
View all 58 photos...
Assalamualaikum....

Shukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya dapat kami meneruskan majlis perkahwinan kami dengan jayanya.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan kami pada 26 Jun yang lalu. Walaupun ade sedikit hujan yang turun ang kami anggap rahmat daripada Allah SWT.

Terima kasih kepada hadirn yang mengadiri majlis kami dan tak lupa kepada Puan Nurul Izzah dan suami serta Kumpulan The Lima yang memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami ini.

Sekian.


Tuesday, 8-Jul-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
Pernikahan Azrin & Diana

 
 
 
View all 28 photos...
Asaalamualaikum semua....

Pernikahan berlangsung pada 21/06/2008.......Alhamdulillah berjalan dengan lancar.....Dengan sekali lafaz sahaja....Kali pertama kata tok imam testing jek....eheheheheh


Tuesday, 17-Jun-2008 05:09 Email | Share | | Bookmark
Trip ke Terengganu - Jalan² Cari Makan/Salimi Kawin

Peace to Dungun
Tunggu nak makan
Salimi menunggu pengantin perempuan
View all 19 photos...
Assalamualaikum.....

Pada 6 Jun 2008 yang lalu kami telah bertolak ke Terengganu sempena meraikan perkahwinan rakan kami, Salimi dan Suhana.

Kami telah meminjam kereta Abang Halim kerana masing2 kereta takde. Terima kasih buat Abg Halim dan takziah atas pemergian pakciknya. Dengan tayar ala² tayar F1 , tepat jam 1 pagi kami meredah pagi 06/06/2008 bersamaan hari Jumaat dan tiba di Dungun pada jam 6.30 pagi.

Disertakan beberapa keping gambar bersama untuk tatapan semua. Kami ingin bermandi-mandi di Pantai Batu Burok, tetapi telah diharamkan. Terpaksa cari tempat lain untuk melempiaskan gian kami.

Buat En Mail, Puik dan Hilal, terima kasih bersama-sama menjayakan trip ini.


Tuesday, 20-May-2008 05:30 Email | Share | | Bookmark
Trip Memancing Di Kren Pelabuhan Klang-Tekong Ikan Kembong

En Puit di atas kren
En Mat posing
En Puit dengan ikannya
View all 16 photos...
Assalamualaikum kepada semua....

Terima kasih kepada En Puit, En Ijan dan En Azhar kerana menjayakan trip memancing kali ini ke kren di Pelabuhan Klang dan tak lupa juga tekong ikan kembong En Johari Kamis kerana membawa kami.

Trip kali ini kami membawa anda ke kawasan laut di Pelabuhan Klang. Pada mulanya kami berhasrat untuk memancing di atas bot.Namun kami sedikit kecewa kerana bot yang diminta tidak dapat disediakan oleh kerana terdapat kerosakan pada enjin bot tersebut.Namun tidak menghampakan tekong Johari Kamis mengesyorkan kami memancing di atas kren yang terletak di kawasan Pelabuhan Klang tersebut.

Tempat ini amat baik seperti pemancing novice seperti kami. Walaupun tiada ikan-ikan yang menarik tersangkut di mata kail, namun kami amat berpuas hati dapat melepaskan gian kami memancing di atas kren tersebut. Ikan-ikan yang kami perolehi adalah ikan tuka, gelama, semilang, duri , bawal cermin dan jenahak.

Kami akan meneruskan minat memancing kami ke Kelong Paradise sedikit masa lagi.

Sekian.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net